suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Warga Asing Ditemui Terapung Di Pulau Perhentian

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang warga asing ditemukan terapung kira-kira satu kilometer dari kawasan pantai berhampiran sebuah resot di Pulau Perhentian, Besut pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mayat tanpa pakaian itu ditemui terlentang di atas permukaan air kira-kira pukul 6.39 petang dan berkemugkinan mangsa telah berada dalam tempoh agak lama di dalam air berdasarkan keadaan badan mayat.

"Kita mendapati mayat dalam keadaan bogel dan terdapat tatu pada lengan tangan kanan mayat yang tertulis perkataan 'I love you'. Ia dipercayai mayat warga asing," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihak polis sedang menyemak laporan mengenai orang hilang.

Kes ketika ini diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain