Boleh Daftar Pengundi Selepas 30 September - SPR - Semasa | mStar

Boleh Daftar Pengundi Selepas 30 September - SPR

PUTRAJAYA: Orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi selepas 30 September kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun, kata Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata mesej viral di media sosial yang menyatakan esok (30 September) adalah tarikh tutup pendaftaran bagi melayakkan seseorang mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah tidak benar.

"Sebagai makluman 30 September 2016 adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Hashim menjelaskan individu yang mendaftar dalam tempoh bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2016.

Beliau menasihati orang ramai supaya mendaftar sebagai pemilih tanpa perlu menunggu di saat akhir atau disebabkan oleh sesuatu mesej yang viral.

Mohd Hashim berkata kenyataan bahawa pendaftaran pemilih boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar kad pengenalan ke talian tertentu juga tidak benar.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan mesej yang diviralkan itu kerana dibimbangi malumat peribadi mereka akan disalahgunakan oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau menjelaskan kaedah pendaftaran yang diguna pakai sekarang memerlukan individu hadir sendiri ke kaunter pendaftaran SPR atau mana-mana kaunter pejabat pos berkomputer atau melalui penolong pendaftar pemilih yang dilantik SPR.

Orang ramai juga perlu membawa bersama kad pengenalan yang asal dan mengisi Borang A, katanya.

Menurut Mohd Hashim, jangkaan bahawa PRU14 akan diadakan pada Mac 2017 yang turut dinyatakan dalam mesej viral itu hanyalah andaian pihak tertentu.

Beliau berkata penentuan pembubaran Dewan Rakyat adalah bidang kuasa perdana menteri. - BERNAMA

Suruhanjaya Pilihan Raya

Artikel Sebelum

Polis Perak Bebas Ideologi Daesh

Artikel Berikut

Waris Lega, Tetapi Persoal MH17 Jadi Sasaran

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa