suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PMO: Pilihan Raya Diadakan Bukan Berdasarkan Mana-Mana Faktor Tunggal

KUALA LUMPUR: Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa pilihan raya diadakan bukan berdasarkan pada mana-mana faktor tunggal, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu.

Ia berkata demikian sebagai penjelasan terhadap beberapa laporan berita bahawa Najib tidak bersetuju diadakan pilihan raya lebih awal sebelum tarikh akhir 2018.

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan di Berlin, memberikan respons demikian kepada satu soalan sama ada pilihan raya awal akan diadakan di  Malaysia berikutan isu yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd.

"Ia mesti diramalkan berasaskan bahawa kami mempunyai dasar-dasar baik di  Malaysia. Kami berkhidmat untuk manfaat rakyat dan kami adalah kerajaan terbaik untuk memimpin Malaysia menuju masa depan.

"Kami mempunyai rekod kukuh dan kami akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan terbaik," kata Najib, menurut PMO.

PMO memberikan penjelasan terhadap laporan berita oleh Reuters dan The Malay Mail berhubung kenyataan Najib berkaitan isu sama ada pilihan raya umum akan diadakan lebih awal.

Perdana menteri sedang melakukan lawatan kerja di Jerman sejak Isnin lepas.

Semalam Reuters melaporkan bahawa Najib tidak bersetuju untuk pilihan raya diadakan lebih awal sebelum tarikh akhir 2018, dan telah berkata bahawa keputusan seumpama itu tidak sepatutnya dibuat berdasarkan pada "mana-mana faktor tunggal".

"Kami bergantung kepada rekod kami. Kami mempunyai rekod kukuh dan akan terus memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan kami masih merupakan pilihan terbaik," Najib dipetik sebagai berkata demikian oleh Reuters. - BERNAMA

Artikel Lain