suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Hilang: Kedutaan Malaysia-Pihak Berkuasa Rouen Berhubung Rapat

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Paris terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rouen berkaitan kes seorang pelajar Malaysia, Nur Shakinah Naim, yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Perancis.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Luar telah menerima laporan rasmi tentang kes kehilangan pelajar itu.

Menurut kenyataan itu, pelajar terbabit hilang dari kediamannya sekitar tengah hari pada 25 September, dan perkara ini telah dilaporkan oleh rakan serumahnya kepada pejabat kedutaan Malaysia pada malam sama.

Sebaik sahaja menerima laporan itu, seorang wakil kedutaan berlepas ke Rouen, Normandy, untuk menyelaraskan prkara itu dan melaporkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan.

"Ini dilakukan pada hari sama, dan usaha sedang dijalankan dengan bantuan agensi tempatan untuk mengesan pelajar itu," menurut kenyataan itu.

Kenyataan Wisma Putra turut menyebut bahawa pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di kedutaan itu mengesahkan bahawa Nur Shakinah, 19, adalah pelajar kejuruteraan di Universitaire de Technologie, Rouen, Normandy, dan merupakan pelajar tajaan JPA.-- Bernama 

Rouen, Nur Shakinah Naim, Wisma Putra

Artikel Sebelum

Artikel Lain