suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAHB: Tiada Maklumat Rasmi Pihak Berkuasa Berhubung Semakan Semula PSC

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Jumaat memberitahu bahawa belum ada maklumat atau pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai semakan semula caj perkhidmatan penumpang (PSC).

PSC sebelum ini dikenali sebagai Cukai Lapangan Terbang.

Oleh itu, MAHB berkata, ia akan terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai kemungkinan semakan semula PSC.

"Kami tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu," menurut kenyataan MAHB kepada Bursa Malaysia, dengan menambah, pengumuman selanjutnya akan dibuat sebaik sahaja menerima makluman rasmi pihak berkuasa berkaitan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini dilaporkan berkata PSC baharu akan dilaksanakan pada 1 Januari 2017.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perincian berkenaan sebaliknya berkata PSC yang disemak semula itu akan diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memandangkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa badan tersebut. - Bernama

MAHB

Artikel Lain