suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Nepal Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki warga Nepal maut selepas sebatang pokok kelapa sawit tumbang menghempap pondok yang didiami mangsa dalam ladang kelapa sawit itu di MK 2, Jalan Tasek, Simpang Ampat dekat sini awal pagi Ahad.

Mangsa, Nuring Nabang, 20, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bawah pondok yang dihempap pokok kelapa sawit setinggi 0.61 meter.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi iaitu ketika hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Azman Hussin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.25 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian.

"Sebaik tiba kami mendapati pokok menghempap pondok berkenaan dan mangsa dalam keadaan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini Ahad.

Mohd Azman berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam bagi menjalankan kerja memotong dan membersih pokok kelapa sawit yang tumbang itu untuk mengeluarkan mangsa. - BERNAMA

Nepal, hujan lebat, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain