suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peserta Acara Larian Warga Belgium Hilang Di Ladang Getah

KUALA LUMPUR: Seorang warga Belgium yang menyertai Larian International Hash Challenge, dikhuatiri hilang di ladang getah Kuala Kubu Bharu di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa Thomas Cools, 34, merupakan antara 88 peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian itu.

"Acara itu bermula di Ladang Rasa pukul 7 pagi dan berakhir di Lembah Beringin pukul 7.30 malam semalam.

Seramai 88 orang termasuk 68 lelaki, 20 perempuan mengambil bahagian dalam larian itu yang mana larian tersebut kena melalui beberapa 'water point' melibatkan waterpoint di Rasa, Kuala Kubu Bharu dan Kerling," katanya di sini, Ahad.

Semua peserta bagaimanapun sampai di garisan penamat, di Lembah Beringin kecuali Cools.

Sehubungan itu, Mohd Sani berkata pihaknya bersama penganjur acara giat menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang tetapi operasi mencari ditangguhkan buat hari ini pada pukul 7.30 malam ekoran persekitaran yang gelap.

Artikel Sebelum

Artikel Lain