suria

Aliran Trafik Utara, Selatan Terkawal Setakat 7 Malam

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan setakat 7 malam Selasa.

Menurut jurucakap Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara kawasan yang bergerak perlahan ialah kawasan Bukit Berapit menuju ke arah Kuala Kangsar berikutan pertambahan kenderaan yang melalui laluan berkenaan.

"Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan dari Gopeng menghala ke Tapah berikuan berlaku kemalangan di KM309.9 pada 5.10 petang tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Menurutnya, trafik bergerak perlahan sejauh empat kilometer akibat kemalangan itu dan kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan.
Jurucakap itu berkata kemalangan turut dilaporkan berlaku di kawasan Senawang ke Port Dickson di KM259.3 pada 5.46 petang ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong menghala ke Gombak dan dari Pulau ke Perai.

"Aliran trafik lancar di kebanyakan laluan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) setakat 6.30 petang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di  www.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik, LLM, Plus

Artikel Lain