suria

Aset Majikan Menggaji Pati Akan Disita, Dibeku - KP Imigresen

- Gambar hiasan
SEPANG: Jabatan Imigresen akan menguatkuasakan undang-undang bagi menyita dan membeku aset majikan industri yang didapati melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula Oktober ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang selaras dengan peruntukan Seksyen 56 (1) di bawah Akta Imigresen 1956 itu bertujuan menyedarkan majikan mengenai kepentingan mematuhi peraturan berkaitan pemilikan dan tempoh masa pasport, visa dan permit kerja individu yang digaji.

"Perkara ini sudah dibincangkan dengan penasihat undang-undang dan penguatkuasannya akan kita laksanakan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban sempena Aidiladha di Depot Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Selasa.

Mustafar berkata perkara itu perlu dihebahkan supaya pihak majikan mengetahuinya lebih awal dan bersedia apabila peraturan itu dikuatkuasakan kelak.

"Sebenarnya peruntukan (undang-undang) itu sudah ada... orang tidak menyedari mengenainya sehingga perjalanan proses penggajian pekerja asing di negara kita berjalan tidak teratur," katanya.

Artikel Sebelum

MCA Kenal Pasti Awal Calon PRU14

Artikel Berikut

Artikel Lain