suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Meningkat Jumaat Malam

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 10.30 malam Jumaat apabila orang ramai mula menuju ke destinasi masing-masing sempena cuti persekolahan dan cuti Aidiladha.   

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Malaysia Bhd berkata trafik dilaporkan perlahan dari Tapah ke Gopeng, Sungkai ke Slim River dan Perai ke Pematang Pauh.   

"Trafik turut perlahan dari Jambatan Pulau Pinang ke pertengahan jambatan,Terowong Menora menuju kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak dan Bukit Tambun ke Perai.   

"Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan pula, trafik dilapor sesak sehingga sembilan kilometer dari Senawang ke Pedas Linggi berikutan satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 241.2 laluan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, katanya trafik juga dilapor perlahan di Hentian Sebelah Jasinmenuju ke Ayer Keroh.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik diLebuhraya Kuala Lumpur-Karak bergerak perlahan dari Karak ke Plaza Tol Bentong, Lentang ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.   

"Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 ketika ini dilaporkan bergerak lancar," katanya.   

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebastol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik.  -Bernama

Aliran trafik meningkat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain