Gigi Melekat Selepas Jalani 'Rawatan' Di Motel - Semasa | mStar

Gigi Melekat Selepas Jalani 'Rawatan' Di Motel

PETALING JAYA: Tindakan seorang remaja perempuan memasang pendakap gigi akhirnya menemui padah apabila semua giginya melekap antara satu sama lain.

Sementara itu seorang lagi remaja yang melakukan rawatan pergigian di sebuah bilik motel hampir kehilangan beberapa gigi akibat tertolak keluar daripada gusi.

Akibat tidak curiga, golongan muda mudah terpedaya dengan perkhidmatan doktor palsu yang melakukan 'rawatan' pergigian secara khusus, kata pakar ortodontik, Dr Manveen Singh.

Katanya beliau telah berhadapan dengan sekurang-kurangnya empat pesakit seperti itu tahun ini.

Berhubung kes gadis yang giginya melekap antara satu sama lain, doktor gigi yang bertugas di Melaka itu berkata, individu yang melakukan kerja-kerja memasang pendakap gigi itu telah meninggalkan bahan komposit yang digunakan untuk melekatkan pendakap kepada gigi.

"Selain itu terdapat makanan yang terperangkap di bawahnya dan dia mengalami penyakit gusi," katanya dalam satu temu bual telefon.

Dr Manveen, yang mengamalkan rawatan pergigian selama lebih daripada 10 tahun dan ortodontik lebih daripada enam tahun berkata, beliau mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan komposit dari gigi gadis itu.

Beliau telah meminta ibu kepada pesakit berkenaan supaya membuat laporan polis tetapi gadis itu merasakan bahawa mereka turut bersalah kerana pergi mendapatkan rawatan pergigian yang murah.

Pesakit itu hampir kehilangan gigi kerana tidak ada ruang untuk giginya untuk bergerak.

"Gigi-giginya ditolak keluar dan anda boleh melihat sebahagian daripada akarnya dalam gusi.

"Jika dia meneruskan 'rawatan' yang dilakukannya, dia akan kehilangan gigi," katanya.

Beliau berkata, salah seorang daripada rakan-rakan pesakit itu telah membawanya ke motel untuk memasang pendakap gigi.

Dr Manveen berkata golongan belia mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka yang mendapat banyak maklumat daripada media sosial.

Beliau berkata, pendakap gigi adalah alat yang digunakan oleh pakar ortodontik bagi menguatkan struktur gigi dan ia mesti dilakukan oleh doktor terlatih.

"Meminta seseorang itu memasang pendakap gigi adalah serius seperti menyuruh doktor membuang apendiks pesakit. Ia bukan sesuatu yang boleh diambil mudah," katanya.

Dr Manveen berkata terdapat dua isu membabitkan pendakap gigi.

Pertamanya ialah pendakap palsu yang boleh dibeli dalam talian dan berbahaya kerana sebahagian daripadanya mengandungi plumbum manakala isu lain adalah pendakap gigi tulen dipasang oleh individu tidak bertauliah.

Pendakap Gigi

Artikel Sebelum

Awas Tawaran Pendakap Gigi Pada Harga Runtuh

Artikel Berikut

Tiger Snook Dicekup Polis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain