suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemaju Perumahan Dapat Lesen Beri Pinjaman - Noh

SUBANG: Selain pinjaman bank, pembeli rumah kini boleh mendapatkan dana melalui pemaju perumahan yang mempunyai lesen meminjam wang menerusi inisiatif Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kementerian itu bersetuju memberi lesen pinjaman wang kepada pemaju yang layak mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 [Akta 400] bagi meringankan beban pembeli rumah yang sukar mendapatkan pinjaman bank.

Bagaimanapun katanya, lesen berkenaan akan diberi kepada pemaju yang memenuhi kriteria yang ditetapkan kementerian.

"Kita harap apabila pemaju ada lesen memberi pinjaman wang yang sah, ia akan membolehkan  pembeli membuat pinjaman kepada  pemaju.

"Ada pembeli yang tak dapat 100 peratus pinjaman daripada bank...mungkin hanya 70 peratus. Pembeli itu hanya mempunyai wang sebanyak 10 peratus bagi pembayaran deposit, jadi selebihnya dia boleh membuat pinjaman kepada pemaju," katanya pada sidang media selepas Persidangan Perumahan dan Hartanah Nasional 2016 di sini, Khamis.

Melalui kaedah itu kata Noh, pemaju boleh mengenakan kadar faedah maksimum setahun sebanyak 18 peratus tanpa cagaran,  manakala pinjaman bercagaran sebanyak 12 peratus.

Tambahnya, selain membantu meringankan beban pembeli, langkah berkenaan juga bakal memberi keuntungan tambahan kepada pemaju yang berperanan sebagai pemberi pinjaman wang berlesen.

"Saya harap melalui kaedah ini, ia akan memberi ruang dan peluang kepada pembeli untuk memberi rumah idaman mereka.

"Ia juga sebenarnya untuk membantu pemaju menjual projek perumahan mereka bagi mengurangkan kadar rumah tidak terjual ekoran masalah pinjaman yang dihadapi pembeli," katanya.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain