suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dipukul Kerana Didakwa Jadi Punca Perceraian Kawan Baik

- Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki cedera parah akibat  diserang dan dipukul di Kampung Besar Berapit di sini pada Selasa kerana didakwa menjadi punca perceraian rakan baiknya.

Akibat itu lelaki berusia 25 tahun tersebut patah kedua-dua tangan dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki itu pada mulanya dikatakan menerima mesej daripada rakan baiknya itu yang berusia 23 tahun yang meminta mereka bertemu di sebuah tokong bagi membincangkan hal perniagaan.

"Sebaik mangsa sampai dan turun dari keretanya, rakan baiknya itu terus menyerangnya sambil berkata dia yang menyebabkan suspek berpisah dengan isterinya baru-baru ini," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata suspek dilapor turut ke rumah mangsa dan memarahi ibu mangsa dan sekali lagi memukul mangsa yang turut mengekori suspek ke rumahnya.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah sedang dikesan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain