suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden MCA Puji Tindakan Tun M-Anwar

PETALING JAYA: Tun Dr Ling Liong Sik menyambut baik pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa kedua-dua ahli politik itu telah menunjukkan satu 'semangat pengorbanan'.

Bekas presiden MCA itu berkata pertemuan itu menunjukkan bahawa kedua-dua ahli politik veteran yang diketahui umum sebagai musuh ketat mampu mengenepikan maruah masing-masing demi kepentingan negara yang lebih besar.


"Apabila dua pemimpin yang hebat bersama-sama, biasanya ia akan diikuti perkara yang baik-baik.

"Contoh yang ditunjukkan oleh kedua-dua adalah dalam jangkauan semua orang dan saya berharap kita semua boleh menunjukkan pengorbanan dan sikap rendah diri yang sama," katanya, Rabu.

Pada Isnin Dr Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan terhadap Anwar yang mengemukakan saman kepada kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara 2015.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri dan Anwar juga dipecat daripada Umno.

Dr Ling mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pemimpin kerana telah mengetepikan perbezaan masing-masing demi kebaikan rakyat.

"Saya, bagi pihak rakyat, ingin mengucapkan terima kasih Anwar dan Dr Mahathir," katanya.

Artikel Lain