suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Tunggang Motosikal Lawan Arus Maut Bertembung Teksi

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR:  Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus aliran trafik bertembung dengan sebuah teksi di Km 7.3 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Mohamad Syazwan Darul Hisham, 19, dalam perjalanan menuju ke Putrajaya sebelum motosikalnya bertembung dengan teksi yang dipandu lelaki berumur 54 tahun.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata akibat pertembungan itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Pemandu teksi itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Shafie berkata mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA

maut, kemalangan

Artikel Lain