suria

Sehati Sejiwa Di Bawah Satu Bendera

SEJAK Malayan Union digagalkan dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948, masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu disatukan di bawah satu bendera yang mengandungi 11 jalur merah putih.

Bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu itu pertama kali dikibarkan pada 26 Mei 1950 di perkarangan istana Sultan Selangor di hadapan raja-raja Melayu dan pegawai British.

Jalur Gemilang yang dilihat hari ini sebenarnya telah wujud sejak 1949 hasil ciptaan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Mohamed Hamzah iaitu beberapa tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Kini, setelah 59 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Jalur Gemilang terus gah berkibar sebagai lambang perpaduan dan kemakmuran negara.

Sempena perayaan Hari Kebangsaan ke-59 tahun ini, mStarTV menemubual pengkaji sejarah, Anuar Isa, 64, berhubung pentingnya menghargai dan menghayati semangat di sebalik kibaran Jalur Gemilang.

Hari Kebangsaan, Sehati Sejiwa

Artikel Lain