suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Husam Umum Sertai Amanah

Husam mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis di Cyberjaya.

CYBERJAYA: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Selasa mengumumkan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanha).

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya ketika berucap mengumumkan perkara tersebut pada majlis Makan Malam Ambang Merdeka bersama YB Datuk Husam Musa di Cyberjaya di sini malam Selasa.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan. 

Husam Musa, Amanah, PAS

Artikel Lain