suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banduan Lari Dari Penjara Ditahan Semula

KOTA BARU: Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa pada Sabtu lepas ditangkap semula di rumahnya di Padang Lembik, Ketereh pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditangkap pada pukul 5.50 pagi.

Pihak polis menerima maklumat mengenai suspek yang berada di sekitar kampungnya.

"Lelaki itu ditemui sedang berbaring di bawah rumah keluarganya dan dengan bantuan pegawai Jabatan Penjara, dia berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi.

Dua banduan meloloskan diri dari penjara tersebut dan seorang daripada mereka ditangkap setengah jam kemudian ketika bersembunyi di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru. - BERNAMA

banduan, Penjara Pengkalan Chepa

Artikel Lain