suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantu Anak Dara Emas Cari Jodoh - Jamil Khir

Jamil Khir Baharom.

ALOR SETAR: Anggota keluarga disaran untuk membantu 'anak dara emas' yang masih belum berkahwin mencari pasangan hidup bagi mengelak  golongan itu terjebak dengan pelbagai masalah antaranya penipuan di Internet yang didalangi warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak keluarga tidak sepatutnya membiarkan anak mereka mencari jodoh sendiri memandangkan golongan tersebut mungkin sibuk dengan tugasan serta kerjaya masing-masing. 

"Persoalan ini perlu difikirkan semua pihak dan anak-anak kita pada hari ini supaya mengambil perhatian tentang calon pasangan mereka yang mungkin disebabkan faktor kesibukan kerjaya, mereka tidak sempat memikirkan untuk mencari pasangan hidup mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid menyaran agar semua pihak memberi perhatian kepada golongan anak dara emas seperti pensyarah dan ahli akademik yang belum berkahwin yang akhirnya terjebak dengan penipuan di Internet. - Bernama

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia