suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunggu Siasatan Polis Dakwaan Cabul Di Maahad Tahfiz - Mahdzir

Mahdzir Khalid.

BERUAS: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta orang ramai supaya menunggu hasil siasatan penuh polis berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii di sebuah maahad tahfiz di Ipoh bagi mengelak sebarang gambaran yang tidak elok. 

Beliau berkata, tuduhan terhadap Pengetua dan Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias berhubung isu itu yang didakwa melibatkan pelajarnya dianggap tidak adil kepada pendakwah itu.

"Tuduhan seumpama itu memberi gambaran yang tidak begitu baik...seeloknya biarlah ada siasatan, biar ada sesuatu dibuat.

"Jadi kalau kita terus menghukum sekolah yang dipunyai penceramah yang besar namanya dalam negara itu sangat tidak berapa adil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beruas di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, tersebar di laman sosial mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain didakwa berlaku kejadian seks luar tabii. - Bernama

Mahdzir Khalid

Artikel Lain