suria

Laporan Polis Terhadap Persekutuan Persatuan Hokkien Berhubung Hudud

SHAH ALAM: Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak membuat laporan polis terhadap Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia kerana menjalankan kempen menentang hudud yang diperjuangkan oleh PAS.


Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Norazli Musa berkata tindakan persekutuan itu sudah keterlaluan kerana ia mencampuri hal ehwal Islam.

"Ia juga melanggar kebebasan umat Islam untuk mengamalkan aktiviti keagamaan seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan," kata Norazli.

Beliau berkata kempen yang dijalankan oleh persekutuan itu boleh menyebabkan ketidakharmonian agama dan mencetuskan tindak balas yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Kami harap pihak polis dapat melihat perkara ini dan menyiasatnya di bawah Akta Hasutan kerana kempen itu boleh dikategorikan sebagai hasutan bagi bukan Islam untuk memerangi umat Islam daripada mengamalkan agamanya," kata Norazli.

Pada 10 Ogos lalu, The Star melaporkan bahawa Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia akan mengumpul satu juta tandatangan daripada rakyat Malaysia yang menentang hudud PAS.

Presidennya Tan Sri Khoo Chai Kaa dipetik sebagai berkata bahawa kempennya terhadap hudud PAS, yang telah dilancarkan pada bulan Jun telah dapat mengumpulkan 400,000 tandatangan setakat ini.
hudud PAS, Norazli Musa

Artikel Sebelum

Artikel Lain