suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semangat Rakyat Malaysia Lebih Baik Daripada Semangat Kenegerian - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata trend memberi penekanan terhadap 'bangsa negeri' boleh meruntuhkan perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai rakyat negeri berbeza kerana hanya melalui perpaduan sahajalah, Malaysia akan makmur.

"Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan pemisahan. Kita patut gelar diri kita sebagai rakyat Malaysia, bukan warganegara Johor, Kedah dan sebagainya kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan.

"Saya tidak ingin melihat ia berlebih-lebihan. Kita semua sama, tiada siapa yang lebih tinggi kedudukannya daripada orang lain, kita semua rakyat Malaysia," katanya pada Siri Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin tentang 'Bangsa Johor'.

Artikel Lain