suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumpu Kepada Pengajian, Jangan Libatkan Diri Dengan Perhimpunan - Shahrizat

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LUMPUR: Proses pembelajaran golongan belia tidak seharusnya terganggu dengan terlalu melibatkan diri dalam mana-mana perhimpunan yang dianjurkan seperti yang terbaharu, himpunan #TangkapMalaysianOfficial1, kata Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

"Mereka (pelajar) perlu tahu apakah keutamaan mereka dalam kehidupan. Pelajar perlu mengambil semua peluang yang mereka ada untuk menimba ilmu.


"Sebaik sahaja mereka tamat pengajian, mereka bebas untuk menjadi pemimpin mana-mana parti politik di negara kita," katanya.

Satu gabungan kumpulan pelajar telah mengumumkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa bagi menangkap dan mendakwa 'Malaysian Official1' yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan sivil berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Shahrizat menganggap tindakan pelajar menganjurkan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada bulan Hari Kebangsaan sebagai 'tindakan yang mencemarkan kesucian bulan kemerdekaan'.

Ditanya mengenai perhimpunan itu, beliau berkata: "Kita mempunyai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan (menyertai mana-mana) berhimpun secara aman adalah baik."

#TangkapMalaysianOfficial1 akan diadakan di dua titik pertemuan iaitu di Sogo dan Masjid Negara.

Para peserta akan berarak dari sana ke Dataran Merdeka pada pukul 2 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain