suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Lakukan Yang Terbaik, Capai Impian Emas Malam Ini" Kata Mew Choo

KUALA LUMPUR: Impian memperoleh pingat emas Sukan Olimpik tidak pernah pudar dalam diri Datuk Lee Chong Wei, tentunya ia hasil sokongan isteri tercinta.

Pada aksi final yang akan berlangsung Sabtu malam, bekas pemain badminton negara, Datin Wong Mew Choo sama sekali tidak akan melepaskan peluang untuk membakar semangat suaminya.

"Chong Wei, lakukan yang terbaik ketika menentang Chen Long. Anak-anak, Kingston, Terrance dan saya sendiri akan sentiasa memberi sokongan, kuatkan semangat juang," tambahnya lagi.

Mew Choo akan menyaksikan perlawanan penting melibatkan suaminya dalam usaha meraih emas pertama negara di kediamannya di sini.

"Saya berharap sangat dia dapat mencapai impiannya selama ini. Dia telah berlatih dengan begitu gigih sekali.

"Kingston, Terrance, saya dan keluarga sayang kamu," katanya.

Chong Wei kini sedang mengorak langkah untuk mencatat sejarah negara apabila berdepan pemain China, Chen Long di Rio malam ini.

Pada dua temasya Olimpik sebelum ini, Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Setakat ini, tiada atlet Malaysia yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain