suria

Penjual Ubat Kuat Didenda RM4,000, Penjara Empat Hari

KUALA LUMPUR: Seorang penjual ubat rangsangan sekswarga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM400 oleh Mahkamah Majistret kerana tiada lesen sah menjual ubat-ubatan itu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Arfit Rashidin, 33, dan memerintahkannya dipenjara empat hari dari tarikh tangkap pada 25 April 2016, jika gagal membayar denda. 

Tertuduh didakwa menjalankan perniagaan ubat-ubatan perangsang seks tanpalesen yang sah di kaki lima, Lorong Haji Taib 3, di sini pada 9 malam 25 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 akta sama yang boleh dihukum bagi kesalahan kali pertama, denda tidak lebih daripada RM1,000 atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kali kedua denda tidak lebih daripada RM500.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap oleh anggota polis dalam tugasan rondaan khas lorong itu dan  mendapati tertuduh sedang berurusan dengan orang ramai untuk menjual ubat perangsang seks.

Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman denda manakala Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Di mahkamah sama, seorang penjaga tempat letak kereta Kirana Abdul Ghapaf,dihukum penjara dua bulan selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTMB) pada 6.20 pagi, 11 Ogos lalu di kaunter tiket KTMB Daya Bumi, di sini. 

Majistret Siti Radziah memerintahkan Kirana, 42, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 16 Ogos 2016. 

Kirana didakwa dengan sengaja melakukan kecederaan terhadap Mohd Azwan Ahmad, 27, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya. 

Mengikut ringkasan kes, pengadu iaitu Mohd Azwan, yang bertugas sebagai Pembantu Trafik KTMB di Daya Bumi sedang membuat pemeriksaan tiket komuter dari arah Rawang ke Port Klang mendapati tertuduh tidak membeli tiket dan pengadu menasihati tertuduh supaya membeli tiket sebelum menaiki keretapi.

Tertuduh yang tidak berpuas hati lalu berlaku pertelingkahan mulut dan tertuduh menolak Mohd Azwan dan menyikunya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan telah menyesaldengan perbuatannya manakala Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohonhukuman setimpal kerana tertuduh telah mendatangkan kecederaan terhadap mangsa. -Bernama

Ubat Kuat

Artikel Lain