suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mekanisme Sistem Insurans Pekerja Belum Muktamad

KUALA LUMPUR: Cadangan perlaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bertujuan menambah baik perlindungan sosial pekerja tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Menteri Sumber Manusia itu  berkata, Majlis Ekonomi Negara mengarahkan kementeriannya memberikan lebih banyak input mengenai mekanisme pelaksanaannya sebelum diluluskan.

"Kita dah bentangkan mengenai SIP ini kepada Majlis Ekonomi Negara minggu lepas.

"Tapi mereka minta kita bentangkan semula selepas mendalami beberapa kekurangan. Mereka mahu kita beri input baharu daripada apa yang telah kita sediakan," katanya di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Hari Kerjaya Kebangsaan, Train Ride dan Kembara Kerjaya 2016 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selain itu, Riot berkata, beliau sendiri akan mengadakan lawatan ke Jepun dan Korea bermula Ahad ini bagi mendalami mekanisme pelaksanaan sistem berkenaan.

SIP yang dicadangkan kerajaan merupakan satu jaringan keselamatan sosial bagi membantu mengurangkan beban tekanan pekerja yang hilang pekerjaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain