suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersatu Diterajui Tujuh Bekas Pemimpin Umno

PUTRAJAYA: Tujuh bekas pemimpin Umno tersenarai selaku jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Senarai kepimpinan Bersatu itu turut diserahkan bekas timbalan perdana menteri itu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada petang Selasa.

Selain Muhyiddin, enam pemimpin lain adalah seperti berikut:

*Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi

*Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (timbalan presiden)

*Bekas Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman (setiausaha agung)

*Bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin (bendahari)

*Aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan

*Bekas Ketua Umno cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi. 

Terdahulu, Muhyiddin tiba di pejabat RoS di sini pada pukul 3.12 petang untuk menyerahkan dokumen pendaftaran parti baharu itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat meninggalkan pejabat berkenaan hampir sejam kemudian.

Artikel Sebelum

Zaid Tidak Sertai Bersatu

Artikel Lain