suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berjalan Untuk Perpaduan Sambil Tangkap Pokemon

KUALA LUMPUR: Selain menyertai aktiviti berjalan bagi memupuk perpaduan menerusi #AnakAnakMalaysia Walk, peserta juga boleh mengambil peluang untuk memburu Pokemon di sepanjang perjalanan.

Pelatih Pokemon pastinya gembira jika mengetahui bahawa laluan sepanjang 3.4 kilometer itu nanti dipenuhi dengan Pokemon sama ada daripada jenis yang biasa atau jarang ditemui.

Cubaan berjalan pada Isnin mendapati terdapat sekurang-kurangnya 15 Pokemon daripada pelbagai jenis di laluan berkenaan.

Terdapat Rattata, Weedle, Pidgey dan Caterpie bagi kategori biasa.

Selain itu ada juga Pokemon yang kurang biasa ditemui seperti Goldeen, Rhyhorn, Pinsir, Poliwag, Bellsprout, Dratini, Psyduck dan CP700 Scyther boleh ditangkap di luar stesen LRT Pudu.

Hanya beberapa ratus meter dari garisan permulaan di Bukit Bintang City Centre adalah stesen LRT Hang Tuah, yang juga berfungsi sebagai sebuah gimnasium Pokemon.

Pelatih juga tidak perlu bimbang jika kekurangan pokeballs kerana terdapat kira-kira 10 PokeStops di sepanjang jalan.

#AnakAnakMalaysia Walk, Pokemon

Artikel Berikut

Artikel Lain