suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kastam Terengganu Sita 47 Buah Kereta Seludup Bernilai RM1.3 Juta

Hamzah Sundang

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu telah menyita sebanyak 47 buah kereta seludup bernilai kira-kira RM1.3 juta bagi tempoh Januari lepas hingga Rabu lalu.

Pengarahnya Datuk Hamzah Sundang berkata kesemua rampasan itu melibatkan nilai cukai kira-kira RM2.04 juta. "Kebanyakan kereta yang dirampas ini adalah kenderaan dari Singapura dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran," katanya kepada pemberita, di sini.

Terbaru pada Rabu lepas, katanya pihaknya menyita dua buah kereta seludup jenis Nissan Sunny dan Mazda 3, masing-masing di Kuala Ibai dan Kampung Bukit.

"Kenderaan itu diletakkan di tepi jalan dan disyaki dibawa masuk dari negara jiran dan pihak kami sedang berusaha mengesan pemilik kereta terbabit," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyeludupan dan penyelewengan agar melaporkan ke Bahagian Penguatkuasaan JKDM Terengganu di talian 09-6225674 atau talian bebas tol 1-300-888-500. -Bernama

Artikel Lain