suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Perlu Layan Parti Serpihan - Mahdzir

Mahdzir Khalid bersalaman dengan para perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa pada Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno perlu memberi fokus kepada pengukuhan dan perpaduan dalaman - bukannya melayan parti politik yang terbentuk daripada kemarahan oleh bekas pemimpin, kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Kita berada dalam sebuah negara demokrasi. Kita akan lihat apa yang akan berlaku kepada mereka.

"Apabila mereka marah dan kecewa, mereka menubuhkan parti baru. Itulah gaya mereka," katanya pada majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Setiawangsa pada Ahad.

Mahdzir berkata terdapat banyak parti-parti politik yang memasang niat untuk mengambil alih kerajaan sejak merdeka.

"Bagaimanapun, dalam usaha untuk menjadi kerajaan, mereka hanya mencari jalan untuk menjatuhkan Umno dan memberi gambaran negatif kepada usaha kerajaan," katanya.

Mahdzir menggesa ahli-ahli Umno untuk terus menyokong pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada hari Khamis, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi menubuhkan parti baharu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap ia akan diluluskan.

Parti itu antara lain akan dianggotai bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin; bekas ketua cawangan Umno Teluk Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.

Mahdzir Khalid, Umno

Artikel Lain