BN Temui Formula Tawan Semula Selangor - Najib - Semasa | mStar

BN Temui Formula Tawan Semula Selangor - Najib

Najib bersemangat menyampaikan ucapan pada Perasmian Serentak Mesyurat Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Seluruh Negeri Selangor di Kolej MARA Sepang pada Sabtu. Foto Bernama

SEPANG: Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah menemui formula pemilihan calon yang tepat untuk memecahkan tembok kemustahilan menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Ketika melancarkan serentak mesyuarat perwakilan Umno bahagian-bahagian seluruh negeri Selangor di sini Sabtu, Najib yang merupakan Presiden Umno dan Pengerusi BN, berkata pengalaman kekalahan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan kemenangan bergaya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar dengan majoriti 9,191 undi menjadi pengajaran dalam memperoleh formula itu.

Menjadikan kekalahan BN di Parlimen Sepang pada PRU13 sebagai contoh, beliau berkata, faktor terbesar yang menyebabkan kekalahan itu adalah kerana perpecahan dalaman Umno di peringkat bahagian.

"Ini amat jelas bila kita hitung majoriti kekalahan kita di peringkat parlimen agak kecil iaitu 1,100 dengan ada dua calon bebas yang kedua-duanya bekas pemimpin (Umno) di peringkat bahagian.

"Jika dihitung undi bebas yang sepatutnya merupakan undi Umno/BN, kita pasti menang di Parlimen Sepang dan bukan itu sahaja, kalau kita ambil angka undi rosak pun kita boleh menang, apatah lagi kalau kita campur undi rosak dan undi calon bebas kita boleh menang dengan selesa," katanya.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Nor Hayati Onn, Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal dan Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing. 

Najib berkata, perkara itu mesti dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak memilih calon secara semberono sehingga menolak calon popular yang mampu memberi kemenangan kepada parti hanya kerana individu tersebut bukan daripada 'kem' yang sama.

Mengambil kira faktor tersebut, ketika berdepan dengan PRK Sungai Besar, beliau berpesan supaya formula baharu dicari untuk memilih calon yang diterima oleh semua pihak. 

"Sekarang kita sudah ada sistem baharu, sebab itu bila buat pemilihan, timbul calon kita saudara Budiman Mohd Zohdi. Sedikit sebanyak 'The Budiman factor' menyumbang kepada kemenangan kita.

"Pemilihan kita tepat kali ini. Kita juga menang kerana Tan Sri Noh Omar kerja keras ketuai jentera kita, bila kita ada 'teamwork' yang kukuh dan padu, bila kita bertindak sebagai semangat sepasukan yang jitu, maka kemenangan dapat kita peroleh," katanya. - Bernama

Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?