suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pukul Ibu Ketika Mabuk, Pengawal Keselamatan Dipenjara Dua Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memukul ibunya yang berusia 63 tahun ketika mabuk.

Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu selepas V. Maanikkkam, 24, mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Beliau mengarahkan hukuman dijalankan bermula dari hari dia ditangkap pada Khamis.

Maanikkkam melakukan kesalahan itu terhadap ibunya M. Suparma pada pukul 1 pagi di sebuah flat di Dang Wangi pada 2 Ogos.

Dalam pengakuan rayuannya, Maanikkkam yang tidak diwakili peguam berkata, dia hanya memperoleh gaji RM1,200 sebulan dan amat kesal dengan tindakannya.

Dia berkata bahawa tidak akan mengulangi perbuatan itu sekali lagi dan memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi meminta hukuman yang lebih berat.

Dalam fakta kes, Maanikkkam sedang mabuk apabila dia menumbuk Suparma di pipi kiri, dan ibunya itu mengalami kecederaan di mulut dan kepala.

Maanikkkam juga telah menarik rambut ibunya.
pukul ibu, V. Maanikkkam

Artikel Lain