Charmaine Koh Menyanyi Mengejar Impian

Charmaine KOh
PETALING JAYA: Bermula dengan menyanyikan lagu dari filem Camp Rock yang popular di saluran Disney ketika berusia empat tahun, Charmaine Koh yang berusia 12 tahun kini telah pun meraih dua anugerah kejohanan dunia.

Beliau telah mengharumkan nama negara dengan menjadi rakyat Malaysia paling muda yang berjaya merangkul dua anugerah kejohanan dunia, tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa pada Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) 2016 di Long Beach, California, bulan lalu.

"Sesuatu yang menakjubkan apabila semua kerja keras anda membuahkan hasil," kata Charmaine yang berlatih menyanyi selama satu jam setiap hari.

"Saya pergi uji bakat untuk pertandingan ini tanpa menyimpan sebarang harapan. Saya pergi untuk suka-suka," katanya.

Beliau menewaskan 138 peserta untuk muncul juara dunia dalam kategori Broadway dan jazz.

Lagu-lagu yang mengangkat namanya sebagai juara adalah lagu Feeling Good oleh Nina Simone dan Don't Rain On My Parade daripada drama muzikal Funny Girl.

"Saya gementar di atas pentas. Saya menggigil dan lutut saya lemah. Tetapi saya menggunakan kata-kata dan aura positif untuk mengatasi rasa takut itu," kata Charmaine.

"Artis kegemaran saya adalah Adele, dia mempunyai karisma dan suara yang lantang, dia benar-benar menghayati nyanyiannya," katanya.

Pelajar gred keenam Sekolah Antarabangsa Cempaka Damansara ini kini tidak asing lagi dengan pentas.

"Saya terlibat dalam banyak acara di sekolah dan menyertai pertandingan tempatan untuk mendapatkan pendedahan dan membiasakan diri dengan persembahan atas pentas," katanya.

Charmaine diiktiraf di Anugerah Seni Boh Cameronian yang ke-13 pada tahun ini untuk persembahannya dalam Annie, The Musical 2015, di mana beliau membawa pulang anugerah Peranan Utama Terbaik untuk teater muzikal itu.

"Sebagai seorang penyanyi, ini adalah peluang yang sangat besar untuk bertemu orang baru dan pencari bakat. Ia adalah satu perkara yang besar bagi saya dan pastinya peluang seumur hidup, " kata Charmaine, yang telah didatangi oleh dua pencari bakat dari California.

Tetapi beliau bercadang untuk menamatkan persekolahan terlebih dahulu sebelum menjadikan kerjaya muzik ke tahap seterusnya.

Buat masa ini, dia hanya menyanyikan lagu-lagu sedia ada tetapi akan mula menulis muzik sendiri suatu hari nanti.

Ibu bapa Charmaine, James Koh dan Shirley Lai, amat berbangga dengannya.

"Saya sentiasa kata jika kamu ikhlas menghayatinya, kamu boleh mencapai kejayaan dan sentiasa percaya bahawa kamu boleh lakukannya," kata Koh.

"Dia sangat komited dan akan memberikan yang terbaik. Dia telah mencapai satu pencapaian yang besar dan sedang mengejar impiannya, sesuatu yang menggembirakan untuk dilihat, " kata Lai.

WCOPA 2016 menyaksikan lebih 1,000 peserta dari 64 negara membuat persembahan di 'Olimpik bakat' yang berlangsung dari 8 hingga 17 Julai.

Antara bakat dari Malaysia adalah Nur Qhalysa Shazreena Junaidin, yang memenangi anugerah industri dan tiga pingat perak semasa mengambil bahagian dalam kategori vokal senior (umur 16 hingga 17).

Charmaine KOh, WCOPA, kejohanan dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain