suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Belum Kemuka Permohonan Tubuh Parti Baharu - Mukhriz

Mukhriz Mahathir.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum mengemukakan permohonan penubuhan parti politik baharu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.  

Anak kepada Dr Mahathir itu berkata “banyak perkara perlu fikirkan dulu" sebelum menghantar borang kepada ROS. 

"Kita tunggu dan lihat dulu. Kalau dipersetujui rakan-rakan lain, Tun Mahathir akan menghantar sendiri borang itu kepada pihak ROS dalam jangka masa terdekat.

"Sehubungan itu, kami meminta ROS memberi pertimbangan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana anjuran Kelab Che Det Malaysia. 

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan satu parti politik baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang. 

Ditanya mengenai perbincangan dengan parti pembangkang lain dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO), Mukhriz berkata, ‘respons baik dan semua bersemangat’ menyokong pendaftaran parti baharu itu. - Bernama

Artikel Lain