suria

Polis Siasat Individu Godam Twitter KPN

Noor Rashid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terhadap individu yang menggodam laman Twitter rasmi milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya difahamkan ia digodam mengguna server dari luar negara maka kami akan jalankan siasatan," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan Kejohanan Menembak Persekutuan Antarabangsa (IPSC) di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini, Ahad.

Awal pagi Ahad laman Twitter Khalid @KBAB51 digodam dengan mempamerkan iklan jualan produk kacamata jenama Rayban dengan harga promosi ($24.99).

Sementara itu, Noor Rashid berkata, polis telah membuka kertas siasatan untuk memastikan sama ada insiden di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada Jumaat lepas yang menyebabkan seorang sarjan maut berlaku akibat kecuaian atau sebaliknya.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada seorang lans koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD berkenaan. - Bernama

Artikel Lain