suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Alu-Alukan Keputusan Tiada PRN Mengejut

Azmin Ali.

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk tidak meneruskan cadangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu menandakan Lim mengutamakan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan.   

"Saya memahami ia adalah satu keputusan sukar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Guan Eng dalam satu sidang media pada Ahad berkata, DAP tidak akan meneruskan cadangan mereka untuk membubarkan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihan raya mengejut. 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan cadangan itu tidak mendapat sokongan rakan Pakatan mereka, PKR yang bimbang kehilangan lebih banyak kerusi daripada DAP. - Bernama

Azmin Ali, PKR, DAP, PRN mengejut

Artikel Lain