suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Kepada 72 Orang

Salah sebuah rumah penduduk di Kampung Setar in Yan, Kedah dinaiki air pada Khamis lalu.

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah menurun kepada 72 orang setakat 9 pagi berbanding 85 orang malam Jumaat, dengan dua pusat pemindahan masih beroperasi.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Imran Azemi berkata jumlah itu meliputi 26 keluarga di daerah Yan dan Pendang.

Bagi daerah Yan, mangsa yang ditempatkan di Surau Kampung Sungai Lintang ialah seramai 47 orang manakala lapan pusat pemindahan iaitu Surau Kampung Batu 22, Surau Kampung Teroi Bukit, Kampung Sungai Malai, Dewan Shukor Yan, Masjid Titi Teras, Surau Nurul Huda Batu 18 1/2, Surau Kampung Lubuk Boi dan Surau Kampung Setar, telah ditutup.

Di Pendang, satu pusat pemindahan masih dibuka di Dewan Cenderawasih yang menempatkan 25 orang daripada tujuh keluarga.

Pusat pemindahan lain yang turut ditutup ialah tiga di daerah Baling iaitu Surau Kampung Seputeh, Surau Kampung Tawar dan Dewan Orang Ramai Macang Bubuk dan empat pusat pemindahan di daerah Kuala Muda iaitu Dewan Keda dan Surau Kampung Tepi Sungai, Surau Kampung Batu 5, Surau Kampung Sungai Rotan dan Surau Kampung Guar Stesen, ditutup, Rabu lalu.

Keadaan cuaca cerah di Kedah pagi ini, katanya. - BERNAMA

banjir, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain