suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Rampas 'Kenderaan Tentera'

CYBERJAYA: Polis merampas sebuah kenderaan menyerupai pelancar roket tentera mudah alih yang digunakan sebagai gimik untuk mempromosikan sebuah kafe di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, anggota polis menerima maklumat mengenai kenderaan tersebut yang dilihat berkeliaran di kawasan ini kira-kira pukul 11.30 pagi, Selasa.

Tambahnya, kenderaan yang ditahan di Jalan Semarak Api berhampiran University Multimedia itu telah di ubahsuai untuk menyerupai kenderaan tentera siap dilengkapi dengan dua pelancar roket.

Beliau berkata polis menghampiri kenderaan itu dan mengarahkan ia berhenti sebelum menahan dua lelaki dan merampas kenderaan.

ACP Abdul Aziz berkata, pemilik kenderaan itu mendakwa menggunakannya sebagai gimik untuk perniagaan kafe.

kenderaan, ubahsuai, tentera

Artikel Lain