suria

Malaysia Airlines Tawar Tambang Rendah Penerbangan KL - London

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan tambang rendah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke London yang terpilih, di bawah promosi 'How Far Can Your Ringgit Go' yang bermula hari ini sehingga 25 Julai 2016.

Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan pada Selasa, berkata tawaran itu bermula serendah RM2,499 (Kelas Ekonomi) dan RM10,999 (Kelas Bisnes), adalah untuk perjalanan pergi-balik serta perjalanan sehingga 31 Mac 2017.

Di bawah promosi ini, penumpang akan menerima pelbagai pilihan hiburan daripada Malaysia Airlines, kata Ketua Pegawai Komersil Paul Simmons.

Mereka juga akan dihidangkan dengan menu hidangan baharu yang telah dipertingkatkan serta servis permintaan makanan serta-merta, selain daripada tambahan elaun bagasi 30 kilogram dan 40 kilogram, masing-masing untuk kelas ekonomi dan kelas bisnes.

Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairlines.com atau mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines di seluruh negara atau hubungi pusat panggilan pada nombor 1300-88-3000.
tambang murah, MAS, KL-London

Artikel Lain