suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Rayu Kurang Kadar Tol LPT2

Ahmad Razif Abdul Rahman
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan kepada Plus Malaysia Berhad bagi mengurangkan kadar tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu, mengenakan kadar 12 sen per km kepada pengguna sejak perlaksanaan kutipan tol mulai 15 Julai lalu.

"Dengan mempertimbangkan semula rayuan yang dibuat orang ramai, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Plus dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mengkaji semula kadar tol itu sehingga infrastruktur dan perkhidmatan ini sedia digunakan," katanya pada Selasa.

Ahmad Razif berkata usaha ini penting dalam mencapai kata sepakat bagi kedua-dua belah pihak, iaitu pengguna lebuh raya dan pihak Plus sendiri.

Pelaksanaan kutipan tol telah diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia pada 11 Julai lalu.

Lebuh raya ini bakal dikendalikan anak syarikat milik penuh Plus, Lebuhraya Pantai Timur 2.

Menurut syarikat pemegang konsesi itu, kadar sebanyak RM19.70 akan dicaj kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan untuk perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh.

Ahmad Razif Abdul Rahman, LPT2, Plus

Artikel Lain