suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Bill Kayong: SUPP Tolak Dakwaan Suspek 'Datuk' Ahli Parti

Bill Kayong.

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menolak dakwaan suspek bergelar 'Datuk', yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong merupakan anggota parti itu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ketua Penerangan SUPP, Adam Yii, para pemimpin parti berkata, Datuk, yang dipercayai berada di Australia bukan ahli SUPP.

"SUPP berang dengan Sarawak Report kerana mengaitkan parti dengan suspek utama yang dalam pembunuhan Bill Kayong.

"Sarawak Report pada 16 Julai lalu dengan niat jahat mengeluarkan artikel yang mengaitkan SUPP dengan pembunuhan Bill Kayong. Laporan itu bertujuan untuk mencemarkan imej parti.

"Kita tidak boleh membiarkan sebarang tindakan kasar. Malah SUPP mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Bill Kayong. Kita mahu keadilan dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan," kata Yii pada Ahad.

Pada 15 Julai lalu, dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Miri berhubung pembunuhan Bill Kayong.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu.

Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.


SUPP, Bill Kayong

Artikel Lain