suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakan Ditahan Bersama Syabu, Wang Tunai

KUALA TERENGGANU: Dua orang rakan diberkas bersama dadah dipercayai syabu dan wang tunai yang kesemuanya bernilai lebih RM17,000 di Taman Tanjung Permata di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi di rumah sewa seorang daripada suspek.

Beliau berkata polis turut menemui sejumlah dadah yang dipercayai syabu bernilai kira-kira RM6,500 yang disorok di dalam sebuah kotak telefon dan wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM11,100.

Suspek yang berumur 25 dan 26 tahun itu berasal dari Gong Badak dan Kampung Telemong di sini yang dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran syabu di sekitar Kuala Terengganu.

Suffian berkata kedua-duanya direman sehingga 16 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Syabu, Dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain