suria

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Api Ketika Melintas

JOHOR BAHARU: Seorang warga emas maut dirempuh kereta api ketika sedang melintas menggunakan laluan motosikal yang dibina di atas landasan kereta api dalam kejadian di Kampung Batang Redan, Paloh di Kluang, dekat sini pada Khamis.

Kejadian berlaku pada pukul 9.45 pagi ketika Lee Sow Wan, 69, dalam perjalanan dari Paloh Sentral menghala ke Kampung Batang Redan, kata Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham.

"Pelanggaran mengakibatkan motosikal mangsa terbelah dua dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya yang dihubungi, di sini pada Jumaat.

Mohamad berkata polis percaya laluan motosikal dibina di atas landasan kereta api itu oleh penduduk sekitar bagi mempercepatkan pergerakan ke kawasan-kawasan berhampiran.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kluang untuk dibedah siasat.

Kereta Api, Warga Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain