suria

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Insiden Letupan Di Madinah

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam insiden letupan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi, semalam yang menyebabkan empat orang maut manakala lima lagi cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pihaknya dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

"Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu," kata kenyataan itu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunggu waktu berbuka puasa.


Letupan di perkarangan Masjid Nabawi itu merupakan yang ketiga dalam siri pengeboman bunuh diri di Arab Saudi semalam.

Dua lagi letupan masing-masing berlaku berhampiran Konsulat Amerika Syarikat di Jeddah dan kawasan penempatan Syiah Qatif.
Wisma Putra, serangan Madinah

Artikel Lain