suria

Sindiket Judi Euro 2016 Tumpas

JOHOR BARU: Polis menumpaskan sindiket pertaruhan judi bola sepak Piala Eropah 2016 bernilai RM21 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket itu beroperasi dari sebuah rumah di Jalan Suria Muafakat 1, Taman Suria Muafakat di sini.

Beliau berkata polis menyerbu rumah berkenaan pada kira-kira pukul 2.45 petang Ahad selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti pertaruhan haram bola sepak.

"Kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dalam serbuan itu," kata Kamarul Zaman dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata sindiket itu menerima pertaruhan berjumlah hampir RM21 juta dan ia juga menawarkan had kredit antara RM2 juta dan RM10 juta kepada para pelanggannya.

Polis merampas dua buah komputer, empat monitor, telefon bimbit, kalkulator, tiga bil telefon dan 17 keping kertas pertaruhan bersaiz A4.

Euro 2016, Judi Euro

Artikel Lain