suria

Rahim Thamby Chik Ancam Saman Mat Sabu

Abdul Rahim Tamby Chik.

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana didakwa menuduh beliau atas kesalahan seksual.

"Saya tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah atas kesalahan seksual dan saya akan memastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah," kata bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi Twitternya pada malam Sabtu.

Mat Sabu dilaporkan menyifatkan penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai 'tayangan ulangan' plot yang sama.

Bercakap kepada orang ramai di luar pejabat SPRM Pulau Pinang pada malam Khamis, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata apa yang menimpa Lim merupakan ulang episod sama seperti berlaku pada 1998.

Beliau mendakwa Lim mempertahankan mangsa dan akhirnya dipenjarakan.

Abdul Rahim merupakan Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994 dan dituduh terbabit kes rogol budak bawah umur.

Beliau kemudiannya menggosongkan sementara kedudukannya sementara menunggu siasatan kes tersebut.

Pada 1994, Peguam Negara ketika itu memutuskan bahawa tiada bukti yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah.

Artikel Sebelum

Rumah Vs Hotel

Artikel Berikut

Artikel Lain