suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Sertai Perhimpunan Solidariti Guan Eng

Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Sekumpulan penyokong memakai baju T berwarna merah, biru, hijau dan kuning berarak bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu perhimpunan sebagai tanda solidariti terhadap beliau di sini pagi Ahad.

Mereka berkumpul kira-kira 7 pagi di Jalan Union dan berarak bersama Guan Eng dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sejauh 2 kilometer menuju ke Esplande.

Penyokong yang memakai baju T yang tertera perkataan Sokong Guan Eng sambil melaungkan Sokong Guan Eng dan Hidup Guan Eng.

Guan Eng berdepan dua tuduhan berkaitan rasuah.

Perhimpunan berakhir pada pukul 8.45 pagi selepas Guan Eng memberi ucapan kepada penyokong yang hadir.

Antara yang hadir pada perhimpunan itu adalah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP serta pemimpin Pakatan Harapan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain