suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno Besut Anjur "Jom Bojeng Raya"

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusof (kanan) turut membantu mengunting rambut seorang remaja pada Program Jom Bojeng Raya anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Besut di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jerteh.

BESUT: Lima orang tukang gunting berpengalaman mengambil bahagian dalam Program Gunting Rambut Percuma "Jom Bojeng Raya" anjuran Pergerakan Pemuda Umno Besut di sini, baru-baru ini.

Ketua Pegerakan Pemuda Umno Besut, Azizul Jasmi Mohamad berkata program itu telah berjaya memberi khidmat gunting percuma kepada 100 penduduk yang terdiri daripada para belia termasuk orang dewasa yang diadakan di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Jerteh di sini.

Katanya, program itu dianjurkan bagi memberi kemudahan kepada penduduk tempatan bergunting rambut sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba.

"Kami sengaja menganjurkan program ini pda hari Jumaat kerana pada hari ini kebanyakan tukang gunting tidak membuka kedai masing-masing bagi memenuhi keperluan penduduk," katanya kepada media ketika ditemui di program itu.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh.--Bernama

Bojeng Raya, Pemuda Umno, Besut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain