suria

Polis Edar 1,500 Cawan Kopi Kepada Perantau Di Hentian Rehat Gua Musang

GUA MUSANG: Polis mengedarkan 1,500 cawan kopi kepada perantau yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang melalui program 'Coffee Break' di Hentian Gua Musang di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, pengedaran minuman tersebut yang ditaja oleh sebuah syarikat pengeluar kopi bertujuan mengelakkan mereka mengantuk ketika memandu.

"Mereka dinasihatkan supaya berhenti rehat dahulu di hentian berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini semasa dalam perjalanan," katanya kepada pemberita pada program mengedarkan minuman kopi tersebut.

Program itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof dan turut serta anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang, Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan Kelab Lion Gua Musang.

Beliau berkata dalam tempoh tiga hari selepas Op Selamat 9/2016 bersempena perayaan Aidilfitri dilancarkan 29 Jun lepas, 25 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Jalan Gua Musang-Merapoh dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai tetapi tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ab Aziz berkata anggota polis akan melakukan rondaan lebih kerap di jalan berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas dan kemalangan.-- Bernama

polis, kopi, Rajab Ahad Ismail, Gua Musang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain