suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masjid Jamek Kampung Baru Jadi Ikon Baharu

SINAR MASJID KAMPUNG BARU... Masjid Jamek Kampung Baru kini bergemerlapan dengan nyalaan lampu berwarna warni pada majlis pelancaran pencahayaan masjid tersebut pada Jumaat. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat merasmikan Program Pencahayaan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, sekali gus menjadikan masjid berkenaan ikon baharu kepada Kampung Baru.

Sejurus selepas majlis berkenaan, Perdana Menteri menunaikan solat Isyak dan Tarawih di masjid itu, yang turut disertai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah  Ahmad Badawi, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.

Masjid Jamek Kampung Baru yang dibina semula di tapak lama sejak 2012 itu siap setahun lalu dengan menampilkan ciri-ciri lama dan moden.

Masjid baharu itu mampu memuatkan kira-kira 11,000 jemaah, berbanding hanya 8,000 jemaah sebelum ini.

Kompleks Masjid Jamek Kampung Baru yang lengkap dengan kemudahan moden itu dibina dengan kos RM20 juta, sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad. - BERNAMA

Masjid Jamek Kampung Baru

Artikel Lain